Pintu Pagar Minimalis Makin Diminati
PAGAR
yang tersergam indah memperlihatkan kemegahan dekorasi pemilik dan
memukau pandangan setiap tetamu. Bagaimanapun, perancangan konsep
kediaman lebih menarik jika reka bentuk pintu pagar diberi tumpuan
utama.
Pintu
pagar atau jeriji bukan saja mampu menjadi penghias dekorasi rumah
supaya nampak cantik dan bergaya tetapi juga untuk mengelak kejadian
tidak diingini. Selari dengan perkembangan semasa, ada pemilik yang
sanggup membelanjakan ribuan Rupiah untuk mendapatkan pagar reka bentuk
terkini.
Glenn
Wong seorang pengusaha berkenaan berkata pintu pagar antara elemen
dekorasi terawal yang ditatap tetamu dan keluarga ketika berkunjung ke
kediaman dan fungsinya bukan setakat melindungi rumah semata-mata.
Pintu pagar bukan sekadar untuk keselamatan bahkan turut dijadikan objek hiasan.
“Fungsi
pintu pagar yang dulunya hanya untuk keselamatan isi rumah kian
dipelbagaikan dan berkembang sebagai pelengkap konsep hiasan kediaman
Model pelbagai jenis dan warna serta eksklusif yang diterapkan pada
pintu pagar berasaskan kemasan besi menyebabkan ia diminati.
“Sebenarnya,
untuk memilih Model pagar ini bergantung kepada cita rasa pemiliknya.
Sama ada konsep moden, kontemporari, nusantara atau tropika, kediaman
lebih bergaya jika dekorasi pintu pagar yang dipilih sesuai dan tidak
keterlaluan,” katanya.
Beliau
berkata, pemasangan besi hiasan bercorak bukan saja pada pagar tetapi
sesuai dipasang pada selusur tangga, tingkap dan balkoni yang pastinya
membuatkan ia tampil berbeza jika reka bentuknya kreatif.
Wong
berkata, terdapat beberapa motif hiasan besi tempawan tiga dimensi
flora dan fauna selain corak yang menerapkan keunikan identiti tempatan
sebagai simboliknya termasuk corak padi dan tumbuhan tropika.
“Corak
bermotifkan identiti tempatan seperti `rural charm’ mempunyai makna
tersendiri dalam mengembalikan nostalgia kedesaan kepada setiap penghuni
kediaman. Motif `rural charm’ memberi kesan secara langsung kerana
istilah desa itu sendiri menggambarkan ketenangan dan keharmonian semula
jadi.
“Menyedari
keunikan itu, para pengusaha seperti saya mengambil peluang
mempelbagaikan motif hiasan pada pintu pagar dalam usaha memenuhi cita
rasa pemilik kediaman dan memulihara nilai estetikanya dengan gaya
tersendiri,” katanya.
Beliau
berkata, setiap corak tiga dimensi seperti kelopak bunga direka khas
dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan pemilik dan
risiko pembiakan nyamuk serta besi tidak mudah berkarat.
“Pintu
pagar besi tempawan antara produk yang memerlukan ketelitian dan
kreativiti dalam penghasilannya sebagai langkah memenuhi kehendak dan
permintaan pelanggan.
“Biasanya
motif flora yang diletakkan pada pintu pagar itu banyak mengikut
permintaan pelanggan dan ada kalanya menguji kemampuan jika pelanggan
meminta pemandangan hutan hujan tropika direka pada pintu pagar itu,”
katanya.
Beliau
berkata, motif hiasan yang ditampilkan pada pintu pagar banyak
menggabungkan ideanya dan mengikut permintaan pelanggan supaya segala
yang dihasilkan memenuhi cita rasa semua pihak sesuai dengan bajet
dikeluarkan.